“Are you coming tomorrow?”, tanya Lime selepas selesai gig.

“Im not sure, I’ve to pack my bags”

Malam semalam gig, hari ini Quarter After One (QA1) ada sesi latihan. Ada gig besar pada 22 November nanti. Siang ikut QA1 jammin di Studio Cloud 9. Beg boleh kemas malam nanti. Sedang membelek amp yang ada dalam studio, Ryuta berkata kepada Nizam.

“Nizam san, (Jepun Jepun Jepun) Hannan gitar (Jepun Jepun Jepun)”

“Nan, kau nak main gitar tak?”, tanya Nizam.

“Huh?”

Aku petik Fender Telecaster menggunakan amp Roland JC-120. Lime ajar sebuah lagu QA1 dan kami jamm. QA1 sedang berkira-kira hendak mencari seorang lagi gitaris untuk mengisi ruang bunyi yang agak sedikit kosong semasa persembahan. Sebab itu Ryuta cadangkan aku bermain, hendak melihat bagaimana musik QA1 bila ada gitaris kedua. Sudah lama tidak jamm, tangan pun dah keras nak petik gitar.

“Kita orang nak carik second guitaris, ingat nak ajak Shun semalam tuh”

“Kalau takde orang, aku boleh join, pindah sini keje 7-11 je”

Sebelum pulang, sempat borak dengan Lime, dia nak ke Amerika tahun depan.

“Come to Malaysia, Nizam’s wedding next year, we meet there”, kata aku kepada Lime.

“Nizam macam mana nak kata nice meeting you?”

“(Jepun Jepun Jepun)”

“Ryuta, (Jepun Jepun Jepun)”, kata aku kepada Ryuta.

“Are you sure?”, Lime mencelah, haha.

Jamm Bersama QA1

Jamm Bersama QA1

Dalam perjalanan pulang dalam keretapi, ada seorang ibu mengandung bersama anaknya. Ibunya duduk di sebelah aku dan anaknya tidak mahu duduk, nak main kat tiang. Bila si anak datang kepada si ibu, aku bangun dan memberikan tempat duduk kepada si anak.

Aku tanya si anak, “Namae wa?”

“(Jepun Jepun Jepun)”, kata si ibu kepada anak.

“Yamato”. Segan-segan Yamato ni jawab, tidak biasa bercakap degan gaijin barangkali.

“Watashi no namea wa Hannan des”

“(Jepun Jepun jepun) Japanese (Jepun Jepun Jepun)”, kata si ibu kepada aku.

“ie, wakarimasen, Japanese, no”, aku jawab sambil geleng-geleng kepala dan senyum-senyum.

Yamato Dan Ibu

Yamato Dan Ibu

Ah, hati sudah sedih nak tinggalkan Jepun. Singgah makan di Gusto sebelum pulang.

“Makan dulu, malam nanti kita pergi maid cafe, lepas tu Hooters”

“HOOTERS? JEPUN ADA HOOTERS?”

Nizam Dan Skuter Depan Gusto

Nizam Dan Skuter Depan Gusto