Selama berada di Tokyo, ramai orang naik basikal. Malaysia tidak praktikal untuk mengayuh basikal ke tempat kerja, panas dan berpeluh, melainkan untuk beriadah. Masa mula-mula kerja kat Kerteh memang naik basikal, tapi tukar naik kereta sebab balik tengahari badan berpeluh naik basikal. Misi hari ini, pusing-pusing Tokyo naik basikal dan lokasi pertama ialah Akihabara. Pinjam “Basikal Ibu Pergi Kedai Runcit” Nizam. Dari rumah Nizam berhampiran Stesyen Shitte keluar ke jalan besar, tak tahu hendak ke mana, semua papan tanda bahasa Jepun. Adalah sebaris dua bahasa Inggeris.
“Kalau ikut Google Maps ikut sini dan terus” hati berkata. Aku bukannya ada Iphone nak tengok peta. Kalau dunia tiba-tiba tidak ada teknologi, kompas bintang juga orang rujuk, sebab tu malas guna. Alasan.
Jalan terus dan terus. Nasib baik cuaca sejuk, tak berpeluh langsung. Naik bukit, turun bukit. Dari satu jambatan ke satu jambatan. Dari satu simpang ke satu simpang. Lintas sungai. OK…aku dah sesat. Tak tahu mana satu ke arah Tokyo. Jauh lagi kah? Dekat lagi kah? Misi tergendala, letak basikal kat Stesyen Magome naik keretapi.
Datang lagi Akihabara, carik baju dan mug Lutfi. Singgah kedai kebab. Kecil-kecil aja kedai kat Jepun nih. Semalam cadangnya nak pergi Tsukiji, tak sempat dah nih. Tukar rancangan pergi Yoyogi-uehara, ada masjid.
Sedang menyarung kembali stokin yang sudah bertukar warna dari putih ke hitam tiba-tiba ada pakcik ni baru sampai sambil pandang-pandang.
“Malaysia?”
Aku mengangguk tanda ya sambil senyum.
Baru sampai dari Kuala Lumpur, bilik hotel belum siap lagi, masih belum masuk hotel lagi sejak tinggalkan Kuala Lumpur. Alang-alang dah jumpa orang Malaysia, cabut balik stokin, biar dia solat dulu, nanti borak lagi. Bolehlah berehat sebentar.
“Ada apa datang sini bang?”
“Saya ada exhibition robot kat Tokyo minggu ni” “Ini kad saya”
Hah!? Prof Engr Dr Ishkandar Bin Baharin, Chairman, Malaysia Robotics & Automation. Tercengang sebentar.
Berbual-bual kosong, tanpa tujuan. Tak sangka hari ini penat-penat kayuh basikal boleh jumpa orang pangkat tinggi macam ini.
“Eh, anak abang ada suruh ambik gambar patung Hachiko, kamu dah tengok movie die?”
“Oh, saya baru pergi kat situ ahad lepas, filem tu saya tak tengok, takut sedeh”
“Memang sedeh”
Sambil belek-belek buku Lonely Planet aku bulatkan lokasi Hachiko. Kami bergerak ke Stesyen Yoyogi-uehara untuk pulang. Dr Ishkandar pernah menuntut di Jepun pada tahun 1994, tak nampak pun kekagetan dia berbanding aku yang gelabah pada hari pertama.
Hari semakin gelap, tetapi waktu masih awal. Lagipun kene kayuh basikal lagi lepas nih, karang campur waktu sesat lagi makin gelap pula.




Leave A Reply Here