Pagi ini hal pertama pergi ke pejabat pos. Nizam malam tadi pun tak berapa pasti berapa yen setem poskad pos ke Malaysia. “Aku tak pernah hantar poskad”. Poskad dia unik, di bahagian yang selalu ada gambar adalah kosong dan di situlah kita tulis, dan di sebelahnya pula tempat tulis alamat. Seumpama sekeping kertas kosong. Boleh lukis, tulis besar-besar atau tulis panjang berjela-jela. Tanya Nizam, “Ni nak tulis menegak ke melintang?”

Poskad

Poskad

Sampai awal dan tiada orang. Boleh tanya macam-macam. Dari rumah sudah hafal ayat “eigo ga hasemas[u] ka”, tapi bila dah masuk pejabat pos hanya keluar…”Sumimasen, eigo ga…” lupe dah ayat seterusnya.

“Nooo” Pegawai pos tu balas. Selepas tu dia tanya kawan sekerja yang lain. “Eigo?” Semua geleng kepala.

“Hagaki, Malaysia?” Aku tunjukkan poskad untuk memastikan boleh sampai Malaysia atau tidak.

Peti Pos Harajuku

Peti Pos Harajuku - 35°39'59.45" N 139°42'34.45" E

“Aroo (Jepun Jepun Jepun) Maraisia (Jepun Jepun) twenty (20)”. Betullah kata Lonely Planet, setem 70 Yen. Tambah lagi 20 Yen.

“Kitte” Aku nak beli dua (2) setem sambil tunjuk isyarat nombor (2).

Aku ingat kat Fatt, dia nak poskad lawa-lawa yang ada pemandangan.

Aku pun tanya, “Sumimasen, hagaki, picture?”, sambil tunjuk belakang poskad.

“Hagaki, hait hait” Alamak, kempunan Fatt macam nih, tak apa lah, mesti dia suka poskad macam ni, tak pernah aku tengok poskad macam nih, mesti Fatt suka.

Aku tengok muka dia blur. Aku tukar topik, nak tambah lagi setem lagi empat (4).

“Kitte…” Sambil aku cuba cari perkataan empat (4) dalam buku Lonely Planet, dia sedaya upaya nak tengok.

“Hait, hait, kitte, (Jepun Jepun Jepun)”

Orang Jepun, kalau mereka tidak faham bahasa Inggeris, mereka akan sedaya upaya tolong. Mereka akan carik orang yang boleh berbahasa Inggeris untuk melayan kita. Tidak seperti negara lain yang mana mereka tidak akan sama sekali berbicara bahasa Inggeris walaupun mereka tahu berbahasa Inggeris.

Harajuku Cosplay

Harajuku Cosplay

Pergi ke Harajuku, katanya ada satu kedai cenderahati. Setelah puas sesat dan tidak jumpa, rasanya kedai tu dah tutup. Keputusan dibuat mengepos poskad dari Harajuku bertarikh 2011.11.09. Tidak banyak aktiviti melainkan berjalan sehingga sesat di Harajuku. Beli baju Lutfi dan Azmi, singgah di kedai kebab yang mana penjualnya mengucapkan “Happy Eid Ul-Adha”. Baju Hannis dan kasut Onitsuka Tiger yang Anuchit nak tak jumpa. Ambil ketupusan untuk pulang, kaki melecet, dah berbelon dah jari kaki nih.

Condomania

Condomania

Terima Kasih Fatt tulis cerita mengenai coretan ini!!!