Hari yang ditunggu telah tiba, 11.11.11. Disebabkan gig inilah aku ke Jepun. Disebabkan gig inilah aku beli tiket pulang hari Ahad malam. Hari ini berkesempatan menghadiri gig persembahan Quater After One (QA1). Tidak ingat bila kali terakhir pergi gig, kalau pergi gig pun disebabkan kawan yang ada persembahan sahaja. Telinga pun dah kurang mendengar lagu rancak dan bingit.

Pas Masuk Belakang

Pas Masuk Belakang

Tengahari sudah pergi ke Flower & Dragon di Yokohama, lokasi gig, walaupun gig akan bermula malam nanti. Ryuta dan Lime sudah berada di lokasi. Perkara pertama sebelum gig setiap band akan diberi satu helai kertas seperti borang pendaftaran. Tuliskan nama kumpulan, ahli kumpulan, staff ( jurugambar, awek, dan lain-lain lagi), lagu yang akan dipersembahkan, lampu, lagu intro dan beberapa lagi bahasa Jepun yang aku tidak faham. Aku bernasib baik, Nizam masukkan nama aku sebagai staff, sebagai juruvideo merakam QA1. Wartawan hiburan dari Malaysia, haha…

QA1 Isi Borang Pendaftaran

QA1 Isi Borang Pendaftaran

Salotep QA1

Salotep QA1

Semasa sesi sound check, seorang petugas akan menyusun amp dan menanda lokasi amp yang akan diletakkan di atas lantai dengan salotep berserta nama band. Kalau ada tujuh (7) band, maka akan ada tujuh (7) stage setting.

Selepas QA1 membuat sound check, kami ke Chinatown, Yokohama mencari makanan megisi perut. Berjalan dalam hujan dengan payung kawaii yang ditinggalkan dalam keretapi disebabkan Nizam tertinggal payungnya di Stesyen Kawasaki.

QA1

QA1

Makan udang masak tiga (3) rasa…kot, di sebuah kedai masakan Cina. Melakukan sesi temuramah ringkas bersama QA1 diiringi dengan musik tradisional China, dari sejarah penubuhan, band kegemaran, influence, scene musik Jepun, Yoko Ono dan Beatles, penulisan lagu dan bermacam lagi topik sehingga temuramah dihentikan sebab aku hendak pergi kencing.

Makan Bersama QA1

Makan Bersama QA1

Difahamkan juga, rata-rata orang Jepun meminati musik yang bersifat Japanese Idol berbanding musik band, musik bercorak J-Pop seperti SMAP, AKB48, Glay dan banyak lagi termasuk dengan kemasukkan musik K-Pop yang melanda Jepun.

QA1

QA1

Semasa sesi latihan QA1 tempoh hari, aku pelik kenapa selepas sound check Nizam keluar. Pertanyaan aku terjawab, semasa giliran band membuat persembahan, mereka akan naik ke pentas dan akan memasang alatan musik mereka. Setelah mereka puas hati, mereka akan turun dari pentas atau ke belakang pentas, lampu dipadamkan dan menunggu lagu intro mereka untuk masuk. Dari lagu tema filem Rocky – Eye of The Tiger sehingga ke lagu Lady Gaga – Bad Romance semua menjadi pilihan. Menarik, unik, terhibur melihat gelagat penonton dan kumpulan musik. Dengan lampu dan sistem pencahayaan yang telah ditulis awal-awal semasa sesi sound check menari ikut irama. Flashing, blinking, dim, lampu warna-warni, lampu putih, semua ada. Khidmat rakaman video ada juga disediakan Flower & Dragon.

Nami 145

Nami 145

Selesai persembahan sesebuah kumpulan, lampu dinyalakan semula dan pentas akan disetting semula. Seorang krew pentas yang sama dari siang tadi akan alih amp ke tempat yang telah ditanda lawal-awal dengan salotep. Amp yang tak digunakan akan diletakkan di tepi pentas. Bukannya dibiarkan di atas pentas. Amp gitar yang disediakan ada tiga (3) jenis, Marshall JCM stack, Roland JC-120 dan Fender. Manakala amp bass pula menggunakan Ampeg. Wayar-wayar akan digulung semula, amp gitar, amp bass, amp monitor, drum, mikrofon, keyboard semua disetting semula dan ianya dilakukan oleh seorang petugas sahaja. Wanita pulak tuh. Kemas, teratur, bersih pentas yang digunakan. Venue gig juga bersih, perokok menggunakan bekas abu rokok untuk membuang abu rokok dalam gelap. Hanya seorang sahaja aku lihat buang puntung atas lantai, mabuk agaknya.

Gulung Wayar

Gulung Wayar

Salotep

Salotep

Selesai gig, semua kumpulan akan dipanggil oleh organizer satu per satu, untuk sesi pembayaran dan feedback. Lihat jadual Flower & Dragon, setiap hari ada gig. Untuk band mencipta nama memang mudah, platformnya sudah ada. Tetapi survival sesebuah kumpulan itu menjadi keukuran kerajinan sesebuah kumpulan. Nizam ada kata tempoh hari, band yang perform pun kena bayar untuk bermain. Ada juga yang dibayar oleh jumlah kehadiran peminat yang hadir.

QA1

QA1

Scene musik bebas Jepun amat maju dan profesional. Tempat persembahan yang lengkap, disiplin yang tinggi antara kumpulan musik dan penonton, krew yang bertugas, segalanya menjadikan ianya unik.

11.11 fri
“NEW LEVEL” vol.7
145 / 49BALL / McLINE / Quarter After One / 3 DAYS LIFE / SxGxS / The f.POSTMANS(北海道)
OPEN 17:30 / START 18:00 ADV¥1600 / DOOR¥2100