Hari ini akan ke Hakone bersama dengan rakyat Malaysia yang bermastautin di Jepun. Sepanjang sepuluh (10) hari berada di Jepun, dua (2) hari terakhir menjadi seorang pelancong, melawat tempat-tempat tourist attraction. Beg telah dikemas malam tadi, selepas Hakone akan terus ke Lapangan Terbang Haneda. “Taufik, jumpa lagi”, bersalaman dengan Taufik. Taufik tidur di rumah Nizam selepas makan malam di Hooters malam tadi. Main Battlefield 3 yang Nizam baru beli sampai tak tahu dia tidur pukul berapa.

Di Hakone

Di Hakone

Semuanya tiga belas (13) orang termasuk aku, menyewa dua (2) buah kereta. Hakone terletak lebih kurang 80km+ dari Tokyo. Masih lagi sesat walaupun dengan bantuan GPS. Setelah sepuluh (10) hari berada di bandar metropolitan Tokyo, aku berpeluang melihat kawasan di luar Tokyo. Menyusur bandar-bandar kecil di pesisir pantai. Pemandangan indah, ramai penduduk mengambil kesempatan hujung minggu keluar berjalan. Rakyat Jepun berpakaian wet suit naik basikal sambil membawa surf board, ada juga sekumpulan motor besar, ada juga kereta dan lori yang terlalu perlahan sehingga mencabar kesabaran kami dalam kereta, terutama pemandu Azizul. Che Hazani sudah mula mengarut, dia memerlukan gangguan daripada terus memikirkan betapa perlunya dia ke tandas. Melihatkan bertapa padatnya trafik membuatkan aku sedikit gusar, adakah sempat aku balik malam ini. Aku tidak risaukan tiket balik, aku tidak risaukan masalah duit, aku tidak risaukan pasal kerja, aku risaukan tempoh visa yang akan tamat.

Fuji-san Dan Atuk

Fuji-san Dan Atuk

Pengalaman di Hakone, kapal lanun merentas Tasik Ashi-no-ko, melihat Gunung Fuji, bau sulfur, atuk ambil gambar sendiri dengan tripod, luahan perasaan Nizam dan Che Hazani bekerja bersama orang Jepun, makan Soba, makan sotong petak 330Yen, makan telur hitam, naik kereta kabel, makan Yaki-Imo 200Yen yang dibahagi dua (2) dengan Nizam, bergambar tak ingat sehingga malam. Satu hari di Hakone, tetapi perjalanan pulang ke Stesyen Odawara akan aku ingat sampai bila-bila.

Daun Merah

Daun Merah

Trafik sesak dan kami tersangkut di atas jalan walaupun perjalanannya hanya lebih kurang 20km. Dalam tersengguk-sengguk dalam kereta, Che Hazani dan Azizul berbual mengenai bahasa dan loghat negeri-negeri di Malaysia. ******, *****, ****, semua bahasa yang tidak sesuai dituturkan oleh kanak-kanak dibincangkan dengan tatacara penggunaan yang betul oleh Che Hazani.

Che Hazani Dan Nizam

Che Hazani Dan Nizam

“Puji dan syukur pada Ilahi”, kreativiti kami bertambah apabila Hadyan mula menyanyikan lagu-lagu patrotik 80an.

Kami berborak mengenai lagu-lagu negeri.

“Lagu Kelantan macam ni”

“Pahang lak macam ni”

“Ha, lagu ganu camane plak?”

Giliran aku pula menyanyi.

“Wah sedap”

“Lagu Perak boring, macam lagu Negaraku”

“Kau tahu lagu Singapura?”

Azizul Dan Hadyan

Azizul Dan Hadyan

Azizul dan Hadyan hafal lagu kebangsaan Singapura, siap sing along.

“Lagu Jepun?”

“Lagu Jepun boring gila, sedeh!”

“Lagu Amerika ok la”

“Lagu Amerika casual sangat”

“Lagu God Save The Queen best tapi…”

“Korang pernah dengar lagu Soviet?”

Hadyan terus mencari lagu Soviet di Youtube melalui iPhonenya. Selepas lagu Soviet, lagu One Sweet Day nyanyian Boyz II Men bersama Mariah Carey, dipasang ke sistem AUX kereta. Layan One Sweet Day yang tersangkut-sangkut Youtube masih buffer videonya. Kereta masih mengikuti sebuah kenderaan berat yang jaraknya lebih dari sepuluh (10) buah kereta di hadapannya.

“Eh, iPhone kau tak ada lagu ker?

Sampai Odawara barulah nak buka iTunes…